Macam-macam nak cuba… Nak cuba ber’cloth diaper’ utk mayraa… belum amik lagi CD yang dah dibeli ngan kawan kat ampang… masih kat jb lagi hihi… tak balik2 sampai sudah kui3x.. Pastu nak ber’babywearing’jugak… daripada pregnant lagi dok google baby carrier ni…. boleh tahan jugak harganya eh… maklumlah kebanyakan yang saya tengok imported dan ada jugak handmade… harga ratus2 gitu….
Macam2 jenis baby carrier kat pasaran… ada ring sling, baby wrap, soft structured carrier(ssc) dan macam2 lagi yang saya tak ingat… Banyak jugak feedback yang saya baca tentang kebaikannya. Dan ada jugak yang kata baby dorang tak gemar.. beli mahal2 sudahnya tak guna pun… ramai jugak yang kata kena pandai2 ajar anak untuk duduk dalam baby carrier yang u all beli tu…. kalau tak ajar mmg tak guna baby carrier tu sampai sudah… Jadi, saya rasa baik saya beli yang biasa2 dulu sebelum nak beli yang handmade/imported whatsoever tu kan…. utk warm up kekekkeke… Sudahnya… saya pun beli ..
Tadaaa….
Saya beli baby carrier brand Sweet cherry kat jusco… murah je ni.. RM79.90 .. Tapi sebab tgh sale harganya RM59 sahaja.
Saya beli warna merah… wiwwiit
Suspense jugak masa nak test ni hihi… takut mayraa tak suka… dalam otak dah terpikir dah… kalau mayraa tak suka… memang nak letgo je kat sape2 yang nak hehe…. Maka… sessi percubaan pum bermula ~~~ masukkan je mayraa dlm carrier tu… dia macam blur2 je.. pandang je muka kita masa duduk dlm tu… tak sampai berapa minit dia tido ahahhhaha… so esoknya nak kuar ngan husband and decide nak bawak mayraa sama….
Macam semalam jugak… masukkan je.. tak lama lepas tu dia tido….

Ibu pun nak enterprame… masa ni dalam keta tgh tunggu husband beli tiket bas nak balik KL..
Then kitorang ke HP utk amik speck and ke jusco taman u utk cari car seat… aihh semua jusco dah pergi tapi takde stock car seat mayraa ni….
Sepanjang perjalanan mayraa tidur… kemain nyenyak lagi… cuma masa kat jusco taman u tu.. masa nak makan kat secret recipe.. keluarkan lah dia dari carrier tu… masa tu jekla dia bangun and nangis… nak menyusu… so terus pergi kat washroom ada tempat baby tu and BF dia…. then masukkan semula dalam carrier… and then sambung makan semula hihi… Dia memang tidur sampailah ke rumah….
Feedback saya utk carrier ni ~ tak BF frenly… nak bukak carrier ni agak susah.. lagilah si mayraa ni kalau nak menyusu menjerit sekuat ati.. so kita terkial2 nak bukak buckle tu kan… panik la sikit dgr mayraa nangis tu… kelam kabut je rasa masa nak bukak.. and pakai semula.. apart from that memang saya suka pakai… tgk mayraa pun tak meragam… and kuranglah sakit tangan saya ni.. ermm pergelangan tgn saya ni still sakit macam masa pregnant dulu huhuh… bilalah nak baik
Hmmm.. tataulah mayraa suka ke or camne kan… mungkin benda baru dia syok nak tidur dlm tu kekeke… kalau memang mayraa suka… bolehlah i timbang tara utk membeli carrier yang i bebetul nak tu ngeh3x…